Yuk, beri rating untuk berterima kasih pada penjawab soal!
14 Manfaat Pisang Emas untuk Kesihatan
Salah satu jenis buah yang disukai banyak orang adalah pisang.Rasa dasarnya pisang adalah manis. Selain di makan secara langsung, pisang juga banyak dijadikan masakan tertentu juga. Didunia terdapat 1000 jenis spesis pisang dalam 50 kumpulan yang berbeza.
Terdapat berbagai jenis buah pisang,antaranya pisang raja, pisang tanduk, pisang nangka, pisang emas, dan sebagainya. Secara kasar, semua jenis pisang ini sama saja, yang membezakan mungkin hanya saiz, rasa, dan mungkin juga kegunaannya. Pada kesempatan ini akan dibahas lebih lanjut tentang salah satu jenis buah pisang, yaitu pisang emas.
Pisang emas merupakan salah satu jenis pisang yang sering jumpai. Ia merupakan jenis pisang yang berukuran kecil dengan diameter antara 3-4 cm. Kulitnya nipis dan mempunyai warna yang kuning terang. Isinya sangat manis dan memiliki aroma yang tersendiri. Biasanya pisang emas ini banyak disajikan sebagai pencuci mulut.
Kandungan Nutrien Pisang Emas
Umumnya seperti pisang yang lain, pisang emas merupakan jenis buah yang menyihatkan dan juga kaya dengat khasiat. Hal ini kerana buah pisang emas banyak mengandungi berbagai zat nutrient yang bermanfaat untuk tubuh :
Pisang emas merupakan buah yang sangat bermanfaat untuk tubuh manusia. Berbagai manfaat yang dapat diperoleh dari pisang emas, antara lain:
Pisang emas adalah jenis buah yang banyak mengandung serat atau fiber Serat baik untuk kesihatan saluran pencernaan dan dapat mengelakkan dari berbagai macam gangguan pencernaan.
Kandungan potasium dalam pisang emas dapat mengawal pengeluaran kalsium dalam urin dan ini membantu buah pinggang kekal sihat dan dapat berfungsi dengan baik, serta mengurangkan risiko terbentuknya batu karang.
Kandungan kalium yang tinggi serta sodium yang rendah dalam pisang emas merupakan kombinasi terbaik untuk mencegah terjadinya tekanan darah tinggi, serta dapat mengurangi risiko terkena serangan jantung (stroke).
Pisang emas merupakan buah yang mengandung banyak karbohidrat sehingga dengan memakan buah ini secara rutin akan meningkatkan tenaga yang ada di dalam tubuh.
Memakan buah pisang emas secara teratur setiap hari terbukti dapat menyihatkan penglihatan. Gangguan penglihatan yang berkaitan dengan usia dapat dimanfaatkan dengan cara memakan pisang emas sekurang kurangnya setiap hari.
Seseorang yang pernah terkena penyakit gastrik, memakan buah pisang emas dapat membantu mengurangkan berulangnya kejadian itu. Ini kerana pisang emas ini memiliki tindakbalas antasid yang sangat berguna untuk mengatasi gejala gastritis.
Keadaan tekanan atau stres dapat menyusutkan jumlah potasium yang ada dalam tubuh. Memakan buah pisang emas secara teratur maka tidak perlu risau akan risiko kehabisan potasium didalam badan. . Kandungan potassium yang banyak didalam pisang emas ini memberikan kesan ketenangan fikiran yang kekadang sedang stres.
Pisang emas banyak mengandung prebiotik ‘fructooligosaccharide’ yang berfungsi untuk membuat tubuh lebih mudah menyerap nutrien. Secara tidak langsung akan membolehkan tubuh menyerap kalsium dengan lebih mudah. Dengan demikian tulang menjadi lebih kuat.
Pisang emas banyak mengandung zat besi, berbagai vitamin, serta mineral dengan kadar yang tinggi. Berbagai kandungan tersebut akan berfungsi untuk mencegah dan bahkan mengubati penyakit kekurangan sel darah merah atau anemia.
Selain isi pisang emas yang banyak manfaat, kulit buah pisang emas juga mempunyai khasiat. Kulit pisang emas berguna untuk membersihkan kulit wajah dan mengangkat sel-sel kulit yang telah rusak dan mati. Cara yang dapat dilakukan yaitu dengan menggosokkan kulit pisang pada wajah dan biarkan selama 30-40 minit. Lakukan ini setiap hari untuk mendapatkan hasil yang maksima.
Pisang emas selain mempunyai manfaat yang baik untuk kesihatan tubuh manusia secara fisik, ia juga bermanfaat untuk menciptakan ‘mood’ yang lebih baik. Pisang emas merupakan salah satu buah yang mengandung triptofan, iaitu asid amino yang dapat membantu tubuh menghasilkan serotonin. Serotonin ini akan membantu seseorang memperoleh rasa selesa, tenang, dan juga menstabilkan suasana hati atau mood secara semulajadi.
Dijelaskan bahwa pisang emas mengandung serat yang tinggi hingga dapat menyihatkan saluran pencernaan yang dapat melancarkan proses dan menjauhkan dari penyakit sembelit.
Selain mempunyai manfaat kesihatan,pisang emas juga boleh diguna sebagai perawatan untuk kecantikan kulit pada wajah. Caranya dengan menjadikan daging pisang emas ini sebagai masker.
Masker yang terbuat dari isi pisang emas selain mampu untuk melembabkan kulit, ia juga boleh meningkatkan kecerahannya.
Ini beberapa manfaat yang dapat diperoleh dari pisang emas, samada dimakan atau diolah menjadi bahan tertentu untuk dimanfaatkan secara langsung. Tidak hanya dari isi buahnya sahaja, malah juga dari kulit buah pisang emas. Ini menunjukkan bahawa pisang emas adalah buah yang kaya dengan manfaat.
Offenbar hast du diese Funktion zu schnell genutzt. Du wurdest vorübergehend von der Nutzung dieser Funktion blockiert.
Yuk, beri rating untuk berterima kasih pada penjawab soal!
Pisang emas dibawa belayar Masak sebiji di atas petiHutang emas boleh dibayar Hutang budi dibawa mati
PESTA PANTUN SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT 2007
Koleksi Pantun Nasihat
Klang: Selangor Darul Ehsan (http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2059.msg11771#msg11771)
Yuk, beri rating untuk berterima kasih pada penjawab soal!